Wednesday, March 25, 2009

Ketua Pemuda UMNO: KJ

Ramai yang mengeluh bila KJ diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru. Saya bukan ahli UMNO tetapi saya mempunyai ramai kawan-kawan yang berada di barisan hadapan UMNO, terutama di dalam Pergerakan Pemuda dan Putri. Jadi, saya cuma mengambil tahu perkembangan kawan-kawan. Berbalik kepada kemenangan KJ, saya mengucapkan tahniah kepada beliau (saya tidak mengenali beliau secara dekat). Apa yang menarik ialah apabila kemenangan beliau di boo oleh perwakilan-perwakilan sendiri. Sesuatu yang tidak pernah terjadi di dalam sejarah UMNO. Bukan setakat di boo, malah di jerit dengan kata-kata "Rasuah! Rasuah! Rasuah!" yang sangat jelas kedengaran ketika saya menonton pengumuman kemenangan beliau melalui Astro Awani. Jadi lebih menarik, apabila bukan Pakatan Rakyat yang berbuat demikian, tetapi dari Pergerakan pemuda itu sendiri. Apa dah jadi?

Saya ditanya, apa komen saya? Pada saya cukup mudah. Ini adalah UMNO, parti yang memperjuangkan kelangsungan kekuasaan politik orang Melayu. Wajib bagi perwakilan memilih pemimpin yang boleh, mampu dan berani kehadapan sebagai orang Melayu. Pemimpin (terutama Pemuda) mestilah seorang Melayu yang vokal, aggresif dan nakal supaya ditakuti oleh orang bukan Melayu. Saya guna perkataan 'ditakuti', bukan 'dihormati' kerana itu yang orang Melayu perlukan. Untuk penghormatan, biarlah barisan kepimpinan UMNO yang senior uruskan. Pemuda harus kembali sebagai barisan pendesak. Pemimpin nombor wahid Pemuda mestilah seorang yang pandai bertutur kata dan berani berdebat. Dia mestilah seorang yang sanggup kehadapan di medan perang. Pemuda harus kembali ke zaman Harun Idris dan Anwar Ibrahim. Berani berdebat dan berani bertindak. Ini saya lihat dari ruang lingkup UMNO sebagai parti orang Melayu. Ia tidak sesuai diaplikasikan di dalam PKR atau PAS kerana kedua-dua parti itu bukan parti yang berteraskan Melayu. Jadi, pada saya pilihan 304 perwakilan pemuda adalah tepat. KJ adalah orangnya, berbanding MM yang dilihat terlalu diplomasi dan KT yang terlalu berperangai seperti orang tua.

Rasuah, politik wang, membolot kontrak..... well, sekarang politik adalah komersial. Itu sahaja yang saya boleh kata. Yang lain, fikir sendiri.

Sekali lagi, tahniah kepada Khairy, kepada Dato' Zaki, kepada Gasing, kepada Lokman, kepada Dato' Idris (caya lu!), Shahanim (tetap sweet seperti biasa) dan pemenang lain. Kepada Dato' Hasan, Dato' Noraini, Ijan, terus dengan keyakinan anda. Kepada Li Botak, apa wa nak cakap sama lu lagi, bro. Kena gantung terus! Sabau aje ler! Janji glamer! Nanti kita pegi Bandung lagi, shopping!

No comments:

Post a Comment