Thursday, July 14, 2011

Penajaan RM50,000 kepada Akademi Bolasepak Darul Naim



Kami mengambil keputusan untuk menaja Akademi Bolasepak Darul Naim sebanyak RM50,000 setahun, selain dari perbelanjaan penganjuran Karnival Bolasepak Piala Amir-Husin sebanyak RM25,000 dan Pestabola Akademi-Akademi Bolasepak Malaysia yang sedang dirancang. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan ini.

1. Selama hampir 6 tahun kami beroperasi di Kelantan, kami rasakan bertanggungjawab untuk mengembalikan sedikit keuntungan kami kepada penduduk Kelantan yang telah banyak memberi sokongan kepada kami.
2. Pejabat kami di Kelantan, 100% warga kerja berasal dari Kelantan. Mereka bertungkus lumus bekerja tanpa mengira waktu bagi memajukan dan menjaga nama baik syarikat. Syarikat percaya mereka ingin memberi sumbangan yang lebih kepada negeri kesayangan mereka. Jadi, bagi pihak seluruh warga kerja Amir-Husin yang berasal dari Kelantan, pihak syarikat menaja 1,300 orang kanak-kanak dari seluruh negeri Kelantan di bawah Akademi Bolasepak Darul Naim, mendapatkan latihan teknikal bermain bolasepak. Sumbangan ini sebenarnya datang dari warga kerja ini.
3. Kami percaya kepada kesungguhan barisan Exco Akademi Bolasepak Darul Naim yang diketuai oleh Sdr. Azman Ismail untuk mencungkil bakat-bakat baru diperingkat bawah 15 tahun untuk bakal diketengahkan. Barisan exco yang terdiri dari bekas-bekas pemain kebangsaan, pemain negeri, jurulatih-jurulatih bertauliah dan berlesen sangat komited dengan iltizam membangunkan bolasepak negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Kami membuka ruang untuk mereka bergerak lebih selesa.
4. Kami melihat ini peluang untuk Amir-Husin memantapkan lagi jenama kami di pantai timur.

Insyaallah, tahun hadapan, kita ke Terengganu.


10 Years of Sharing

Tahun ini kami meraikan 10 tahun kehadiran Amir-Husin. Alhamdulillah, sepanjang 10 tahun pembabitan kami dalam dunia perniagaan, kami amat dipermudahkan dalam urusan kami. It is a smooth journey throughout. Insyaallah, jasa semua wargakerja Amir-Husin akan tetap saya ingat dan hargai. To be exact, our anniversary is 26 January. Tahun ini kita raikan bersama kaum keluarga di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kota Bharu. Kami juga melancarkan Elaun Kasih Sayang sempena 10 tahun kehadiran kami. Tanpa kedua ibu bapa, kami tidak akan lahir ke dunia ini. Sebagai penghargaan, Amir-Husin memberi elaun khas kepada ibu atau bapa masing-masing sebanyak RM100 sebulan setiap bulan selama mana anaknya masih bekerja dengan Amir-Husin. Saya harap, dengan insentif ini akan membakar semangat warga kerja Amir-Husin untuk lebih kuat berbakti kepada kedua ibu bapa masing-masing.

Wednesday, July 13, 2011


Tak dapat melelapkan mata terkenangkan kata-kata yang terlempar. Cuma cuba bersabar sambil melihat kembali ke dalam diri supaya bencana bertukar menjadi kifarah.