Tuesday, September 01, 2009

Hubungan Malaysia - Indonesia.

Saya sangat kecewa dengan telatah teman-teman dari negara seberang, Indonesia, dalam respond beberapa isu kecil antara Malaysia dan Indonesia kebelakangan ini. Pada saya, isu-isu tersebut hanyalah isu kecil. Mungkin besar skalanya jika saya berada di tahap pemerintah (sudah semestinya untuk kepentingan politik, sama seperti di Malaysia). Berikut adalah nota yang di spam ke dalam email saya semalam.

"Today, August 31, 2009, an uncreative country, a country who likes to steal Indonesian culture, a country whose citizen is the mastermind of bombings in Indonesia, a country who has tortured many of our sisters — the migrant workers who worked there, a country who abused our national anthem, a country who harassed Indonesia on the Internet, a country that has stolen Sipadan and Ligitan islands, a country which has trespassed our water illegally, a country which received their independence from Britain, is celebrating its anniversary"

Jawaban saya cukup mudah:
1. Asal usul Malaysia dan Indonesia adalah serumpun. Pada waktu itu tidak ada Malaysia dan Indonesia, kedua-dua negara cuma terbentuk pada tahun 1965 apabila Malaysia ditubuhkan. 'Mencuri kebudayaan Indonesia' adalah fakta yang silap. Pada pandangan saya, ia lebih kepada penerusan kebudayaan turun temurun. Orang-orang berbangsa Jawa berhak meneruskan budaya mereka walau di mana mereka berada. Orang-orang berbangsa Cina, India, Arab, Minang dan lain-lain juga berhak meneruskan budaya mereka. Inilah yang uniknya tentang Malaysia. Pelbagai budaya dari pelbagai kaum diteruskan, mesra, tergabung dan terpelihara. Cuma disebabkan orang Melayu adalah majoriti dan menyerlah, maka budaya merekalah menjadi teras dan tunjang kepada kebudayaan Malaysia. Tidak pernah saya ketahui atau dengar, Malaysia mendakwa budaya Cina sebagai budaya Malaysia melainkan diperkenalkan sebagai budaya Cina yang dipelihara dan dipraktikkan oleh ORANG-ORANG CINA di Malaysia. Orang-orang Jawa, Bugis, Minang dan lain-lain bukan hanya tinggal di Indonesia. Mereka juga menetap di New York, Paris dan Kuala Lumpur. Kecuali Jawa, Minang dan Bugis Indonesia tidak mengiktiraf Jawa, Minang dan Bugis New York sebagai sebangsa dengan mereka.

2. Berkenaan dengan Nordin Mat Top yang dikatakan mastermind kepada peristiwa pengebomana di Jakarta. Saya tidak percaya Nordin bertindak berseorangan, tentu ada orang-orang beliau dari kalangan orang-orang Indonesia yang menderhaka kepada negara mereka sendiri. Orang Malaysia menjadi ketua dan orang Indonesia menjadi pencacai. Salah orang Malaysia?

3. Mendera tenaga kerja warga Indonesia? Apa kata kita banci berapa ramai tenaga kerja warga Indonesia yang mendatangkan masalah kepada Malaysia? Mari kita mudahkan cerita. Kerajaan Indonesia jangan benarkan rakyat Indonesia bekerja di Malaysia dan Kerajaan Malaysia tidak benarkan warga Indonesia bekerja di sini. Biar kedua-dua pihak susah. Jangan kita kaji siapa yang lebih susah dari siapa. Baru-baru ini kerajaan Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia, disertai dengan kata-kata bersemangat dari pemimpin politik mereka membakar perasaan amarah kepada Malaysia. Tetapi apakah itu yang dimahukan oleh rakyatnya yang merempat? Pembatu rumah saya yang baru, Mia Agustina dari Tenggerang, Jawa baru mula bekerja 30 August yang lalu. 4 orang pembantu rumah saya yang lepas juga orang Indonesia. Mereka peduli? Saya juga tidak peduli!

4. Lagu Negaraku dikatakan berasal dari lagu Terang Bulan, dari Indonesia. Nasihat saya kepada Kerajaan Malaysia, kita tukar aja lagu kebangsaan kita. Walaupun telah terbukti Terang Bulan juga merupakan lagu saduran dari Perancis (atau mungkin dari Kepulauan Seycelles)

5. Isu lain kebanyakannya adalah isu persempadanan yang bukan tercapai oleh rakyat biasa seperti saya (dan kebanyakan orang Indonesia yang menjerit-jerit di dalam internet).

6. Tindakan menggodam laman web dari Malaysia sempena sambutan kemerdekaan Malaysia semalam juga menjadi bahan tawa dan lawak rakyat Malaysia. Soalannya, itu sahaja yang anda mampu? Tindakan anak kecil hingusan yang lapar susu. Ya, mungkin anda hebat tetapi apa faedahnya? Anda hanya menyusahkan orang lain. Dan anda mahu orang Malaysia menghormati orang Indonesia dengan cara bertindak begini?

Banyak lagi isu-isu remeh yang menjadi igauan kepada orang Indonesia. Kenapa ya? Saya pernah ditanya oleh teman dari Palembang soalan itu. Jawaban ikhlas saya kepada beliau ialah, semuanya kerana perbezaan jurang ekonomi yang ternampak terlalu besar. Satu pihak merasakan lebih superior dari pihak yang lain, digandakan dengan perasaan inferior pihak yang satu lagi. Apabila perasaan superior-inferior ini meresap kedalam hati masing-masing, sikap-sikap positif seperti melihat kehadapan, berdaya saing, terbuka, berpengetahuan, maju dan semua sifat-sifat positif lain akan diterjemahkan dan dilihat sebagai sombong, bongkak, angkuh, menekan dan menghina oleh pihak yang berperasaan inferior. Sedangkan jurang ekonomi yang dikatakan besar itu, secara relatifnya tidak wujud. Mungkin taraf ekonomi di Malaysia lebih baik dari Indonesia, tetapi kos sara hidup lebih tinggi (ingat, saya terpaksa membayar pembantu rumah dari Indonesia?)

Kita buang jauh-jauh tanda aras dunia dan materialistik. Jadikan nilai budi dan ehsan hati sebagai tanda aras baru dalam mencari kesatuan dan kemurnian hidup.

No comments:

Post a Comment