Friday, May 16, 2008

HARI GURU

Hari ini Hari Guru. Bagaimana khabarnya Cikgu Zaiton yang terlalu banyak berjasa dalam hidup ku. Cikgu Zaiton adalah guru kelas semasa Darjah 1C di SKBK. Sentiasa memberi semangat dan motivasi, penuh dengan kata-kata pujian, walaupun sekarang aku sedar bahawa pujian nya itu hanya sekadar memberi motivasi dan perangsang. Mrs. Kesavan, guru Matematik semasa Darjah 5A. Begitu bersemangat membentuk kami celik kira-kira. Kelas-kelas tambahan yang dibuat untuk menghadapi Peperiksaan Penilaian darjah 5. Cikgu Abdul Rahman, walaupun bukan mengajar pelajaran akademik, tetapi menyuntik kreativiti aku dalam muzik, drama dan kebudayaan.

Masuk ke sekolah menengah, teringat kepada Cikgu Adnan, guru lukisan dan pendidikan jasmani. Mr.Surjit Singh guru Bahasa Inggeris dan Sains (maybe antara guru-guru yan paling aku sayangi hingga sekarang, still call him Mr. Surjit and will address him as Sir until today), Mr. Muthu guru Modern Maths, Penguin guru Add Maths, Ust Colombo guru Agama. Tak banyak guru yang aku ingat di sekolah menengah. Agaknya, sebab itulah aku kurang berjaya semasa peringkat itu.

Di Universiti, En. Alias, En. Rahman Shaari, Mr. Autar Singh, Mr. Lee Sau Kwan, En. Zainuddin, En. Wahab, tetap tak dilupakan.

Di alam pekerjaan, En. Rosli Sharif, guru yang menunjukkan aku jalan meneroka alam korporat. Dianggap Mentor. Begitu juga En. Marizan.

Terima kasih Cikgu. Jasamu aku bawa sampai ke mati.

2 comments:

  1. Hi Amir,

    Nice to know that you remember me.

    Autar Singh

    ReplyDelete
  2. Mr. Autar Singh,
    Thanks for visiting. I will remember, God willing, all those people who thought me 'from crayon to perfume'. (To Sir With Love - Lulu). God Bless You, Sir.

    ReplyDelete