Monday, May 05, 2008

Penat Menjadi Nakhoda

Aku selalu mengatakan kepada rakan-rakan, untuk menjadi seperti aku perlu bersedia bersahabat dengan kesepian. It's lonely here. You will have friends but you will feel empty. Saat-saat kesepian itu begitu terasa hari ini. Harapan tidak selaras dengan kenyataan. Di waktu-waktu beginilah, kenangan bersama orang-orang yang disayangi menjelma, menyusup ke kalbu. Aku terlalu letih menjadi nakhoda, mengemudi pelayaran yang tidak berpenghujung. Ramai yang melihat aku sebagai seorang yang kuat dan bermotivasi tinggi. Seorang yang fokus kepada hala tuju. Tetapi tidak ramai yang melihat, ada waktunya, aku mahu menjadi penumpang dalam pelayaran ini. Hari ini, aku mahu jadi penumpang. Menikmati keindahan samudera luas, membiarkan pelayaran dikemudi sebaik mungkin. Aku mahu jadi orang yang tidak bertanggung jawab.

Di mana kesayangan hati? Teringat pantun yang dititipkan oleh seorang yang sangat dekat dalam hatiku:

Mega berarak bayu berpuput,
Mawar dipetik di taman sepunya;
Hati teringat mulut menyebut,
Rindu bertandang apa penawarnya.

dan ku balas:
Bunga kemboja bunga melati,
Bunga mawar harum dihidu;
Waktu bersama tersemat di hati,
Buat penawar kala merindu.

Aku terlalu penat menjadi nakhoda!

No comments:

Post a Comment