Thursday, August 20, 2009

Haji Omar bin Yunus (1928 - 1998)

Hari ini genap 11 tahun arwah apak pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Terlalu banyak kenangan indah sepanjang 34 tahun membesar dibawah naungan arwah. Masa balik kampong minggu lepas, sempat berbual-bual dengan mak, mengimbau kenangan lalu semasa arwah masih bersama kami, mengenang harapan-harapan arwah yang ditinggalkan kepada kami. Sedikit sebanyak, saya telah berjaya memenuhi impian arwah. Kewujudan blog KELUARGA KITA adalah salah satu dari manifestasi harapan arwah.

Insyaallah Pak. Amir akan terus berusaha memegang amanah Apak.

Al-Fatehah.

No comments:

Post a Comment