Tuesday, January 24, 2012
Wednesday, January 04, 2012
Tuesday, November 01, 2011
Terlalu amat aku mencintaimu: Buat bungaku
Saat pertama wajahmu kujumpa
Resah terpana menusuk jiwa
Lalu aku terus jatuh cinta
Serupa tiada beza dari yang ku uja
Malah seakan mimpi kini nyata
Menjelma di hadapan mata
Mengisi ruang kosong yang lama terbuka
Terlalu amat aku mencintaimu
Rongga jasad kini penuh menyayangimu
Terlalu amat aku mencintaimu
Hembusan nafas hanya ada aku dan kamu
Terlalu amat aku mencintaimu
Malam siangku hany ada kamu bertamu
Kasih, cinta hatiku
Menyeri taman kalbuku
Terlalu amat aku mencintaimu
Kau kekasih pelengkap nyawaku.
17 Oct 2011
Thursday, July 14, 2011
Penajaan RM50,000 kepada Akademi Bolasepak Darul Naim

Kami mengambil keputusan untuk menaja Akademi Bolasepak Darul Naim sebanyak RM50,000 setahun, selain dari perbelanjaan penganjuran Karnival Bolasepak Piala Amir-Husin sebanyak RM25,000 dan Pestabola Akademi-Akademi Bolasepak Malaysia yang sedang dirancang. Ada beberapa sebab kenapa kami membuat keputusan ini.
1. Selama hampir 6 tahun kami beroperasi di Kelantan, kami rasakan bertanggungjawab untuk mengembalikan sedikit keuntungan kami kepada penduduk Kelantan yang telah banyak memberi sokongan kepada kami.
2. Pejabat kami di Kelantan, 100% warga kerja berasal dari Kelantan. Mereka bertungkus lumus bekerja tanpa mengira waktu bagi memajukan dan menjaga nama baik syarikat. Syarikat percaya mereka ingin memberi sumbangan yang lebih kepada negeri kesayangan mereka. Jadi, bagi pihak seluruh warga kerja Amir-Husin yang berasal dari Kelantan, pihak syarikat menaja 1,300 orang kanak-kanak dari seluruh negeri Kelantan di bawah Akademi Bolasepak Darul Naim, mendapatkan latihan teknikal bermain bolasepak. Sumbangan ini sebenarnya datang dari warga kerja ini.
3. Kami percaya kepada kesungguhan barisan Exco Akademi Bolasepak Darul Naim yang diketuai oleh Sdr. Azman Ismail untuk mencungkil bakat-bakat baru diperingkat bawah 15 tahun untuk bakal diketengahkan. Barisan exco yang terdiri dari bekas-bekas pemain kebangsaan, pemain negeri, jurulatih-jurulatih bertauliah dan berlesen sangat komited dengan iltizam membangunkan bolasepak negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Kami membuka ruang untuk mereka bergerak lebih selesa.
4. Kami melihat ini peluang untuk Amir-Husin memantapkan lagi jenama kami di pantai timur.
Insyaallah, tahun hadapan, kita ke Terengganu.
10 Years of Sharing
Tahun ini kami meraikan 10 tahun kehadiran Amir-Husin. Alhamdulillah, sepanjang 10 tahun pembabitan kami dalam dunia perniagaan, kami amat dipermudahkan dalam urusan kami. It is a smooth journey throughout. Insyaallah, jasa semua wargakerja Amir-Husin akan tetap saya ingat dan hargai. To be exact, our anniversary is 26 January. Tahun ini kita raikan bersama kaum keluarga di Pantai Cahaya Bulan Resort, Kota Bharu. Kami juga melancarkan Elaun Kasih Sayang sempena 10 tahun kehadiran kami. Tanpa kedua ibu bapa, kami tidak akan lahir ke dunia ini. Sebagai penghargaan, Amir-Husin memberi elaun khas kepada ibu atau bapa masing-masing sebanyak RM100 sebulan setiap bulan selama mana anaknya masih bekerja dengan Amir-Husin. Saya harap, dengan insentif ini akan membakar semangat warga kerja Amir-Husin untuk lebih kuat berbakti kepada kedua ibu bapa masing-masing.
Wednesday, July 13, 2011
Friday, September 24, 2010
Aidil Fitri 2010
Alhamdulillah. Kita selamat menjalani ibadat puasa dan menyambut hari raya aidil fitri bagi tahun 2010 ini. Kami sekeluarga berjaya menjalani ibadat kali ini dengan penuh rasa kesyukuran dan sedikit sebanyak dapat mengimarahkan Ramadhan sebaik yang kami mampu. Hari ini sudah masuk 15 Shawal. Baru dapat men'download' gambar-gambar Aidil Fitri 2010 untuk kenangan dihari tua.
Thursday, August 12, 2010
Building Another Dream
Dreams come and go, and this time, I am building another dream. May Allah eased my way.
Hello Again
It looks like Facebook has taken over blogspot, at least for my case. I feel much at ease writing in FB, instant, spontaneous, friendlier and happening. With a few words, I can already rest my case. Best jugak, jumpa kawan lama through FB! Geligalah otak pencipta FB ni.
Tuesday, April 20, 2010
Me and my Mamu
I have to post this... woohoo! Percubaan berani mati Kassim Tak Selamat! My first song played on saxo. Memang luka luka bibiaq tapi kena post sebab nanti boleh compare after 2 months or 2 years. He he. Ni baru 2 minggu.
Friday, April 16, 2010
Notis Kebangkrapan No. 29-168-2003

The above image I posted in my facebook creates quiet a curiosity among my friends. Ada yg sampai call tanya apa dah jadi and etc. Tak larat nak jawab satu persatu, I posted the situation kat sini.
Kes berkenaan dengan my hire purchase loan with MBf Finance in 1996. I drove a Proton Saga 1.5i kaler merun masa tu, auto lagi. Nombor pendaftaran RC 373. He he. At that time, anak nak masuk 3 orang and I can feel that I will need a bigger car. Nak beli Toyota Estima, tak mampu, so belilah Toyota Premio. Toyota jugak! So, ambik loan dengan MBf Finance. Masa tu my good friend Ms. Beh yang jadi Branch Manager kat Alor Star, so, ambik loan from her branch. Since I like the old car number so much, I requested to maintain the number to my new van. So, the old car will get the new number, that is RD 272. Segala urusan pendaftaran diuruskan oleh finance company. So, I was driving a brand new Toyota Premio 1.8 kaler terkois (hijau taik kerbau!). Kereta lama bertukar tangan kepada my brother and later sold to other people. Yusman yang tolong drivekan kereta ni balik ke Kuala Pilah masa tu. Focus on the number - now the old car is RD 272 and the new van is RC 373. Installment was paid via 1 year post dated cheque to be kept by the finance company.
That was in 1996. Fine and good until year 2000. Lepas post dated cheque dah habis kat finance company after a year, I pay the loan through cheque posted snail mail to them. Tahun tahun mcm tu, pos surat ni biasa lagi, tak macam la, my children do not know what is a post office! Ok, back to my story. One day, jeng..jeng...jeng... a branch manager of MBf Finance kat one branch in Johor call me, tanya why am I paying to someone else's car? I said no, I am paying to my RC 373. He said no, I was paying to RD 272's account, and that RD 272 belongs to someone by the name of .... kita introduce sebagai Mr. John Doe sahaja di sini. I pun tak tau how this manager can trace this payment. I pun apa lagi, monkey surprise lah I tell you! So, meaning entah sejak bila I was paying for someones else's car! The good manager promise to investigate the matter. So, times goes by. I pun dah stop bayar to that finance company (apa lagi...ambik kesempatan lah...) Tak lama lepas tu, MBf Finance was taken over by Arab-Malaysian Group, jadi AMFinance. Pernah dua kali van nak kena tarik by the reposessor tapi entah kenapa, after explaining to them and them checking with whoever I don't know, depa tak jadik tarik. So the situation was like, wah.... macam nak dapat kereta free nih! He he.
Tiba-tiba, tup tup, in August 2005, masa nak pegi withdraw duit from Maybank ATM, the card was decline. Tried few tellers from different outlet and different banks (pakai MEPS), masih decline. Heran bin ajaib sebab duit baru masuk, banyak jugek lah. Hehe. Masa tu kat kampong. I call the Maybank customer service, tapi macam biasalah, hampeh tak berjawab. (Sampai sekarang, Maybank masih macam hampeh lagi. CIMB Click cuma charge RM1 for interbank Giro transfer. M2U charge RM2. Korang kalau ada option, pakai CIMB aja)So, bila balik KL, I pun call lah ke Maybank, tanya what happen to my card. Sekali, bila dia kata my account was frozen sebab ada bankruptcy case, terus pucat gigi...
Actually, that bankruptcy notice was served to me in February 2005 but I did not received it as they were posted to my old address. Mungkin my neighbour masa tu, En. Nazri tahu tapi he cannot contact me. The Maybank Officer gave the reference and bila advertised dalam paper. Kelam kabut cari old paper, nasib baiklah jumpa jugak. Baru tahu rupanya I was almost a bankrupt. When I knew it, the mentioned date was already very near. Masa tulah mintak pandangan dari Lawyer Halim kat Kangaq, tanya pendapat dan apa nak buat, maklumlah, tak pernah bercita-cita nak jadi bengkrap ni, so tak ada persediaan langsung. Dengan bekalan nasihat dari Halim, I went to AmFinance and present my case. Ceritalah semua yang terjadi dari mula beli kereta tu, tukar nombor pendaftaran sampailah cerita the branch manager spotted the irregularities. Officer tu pun pening kepala. My contest is that the finance company cannot prove beyond reasonable doubt that I defaulted in my payment. Masa negotiation ni, it was already end of August 2005. Gedebak gedebuk, I pun tak nak panjangkan cerita (sebab memang I tak bayar finance sejak tahun 2000 pun, itu kena jujur diakui) kami pun agree to a certain reasonable amount that I have to pay to settle the case. I think it was a win-win situation and I paid the whole amount. Case was close in September 2005. Release letter pun dikeluarkan. Tapi yang hangin satu badan, rekod dalam CTOS masih ada sampai sekarang.
So, kengkawan, that posting kat fesbuk tu dibuat masa kemas-kemas office. The paper cutting of that notice was pasted on a white board in my office, sebagai peringatan supaya berhemah dan berhati-hati dalam menjalankan urusan perniagaan. It was there since August 2005. I was thinking to archive it somewhere and FB is the best place. Terima kasihlah atas kerisauan kengkawan semua..... Perkara ni dah selesai... I hope I answered to you all punya curiosity.
Thursday, April 08, 2010
A reminder to myself...

Kejayaan dunia hanyalah untuk sementara. Boleh dirai tapi jangan diriakkan. Sehebat-hebat kita, masih ada ramai lagi orang yang lebih hebat dari kita. Selemah-lemah kita, masih banyak lagi peluang untuk kita perbaiki diri. Move forward!
Monday, April 05, 2010
Birthday Presents

I have not been blogging for many months. I just don't feel like doing it. Many things happening along the way which I hope I can write them down as milestones of my life. However, I have to document this feeling today, a feeling indescribable with other words other than TERIMA KASIH.
Terima kasih Abang Shaik. Birthday present comes a month earlier.
Monday, January 11, 2010
Roslan Nordin, Azman Asmoi and I - 29 years ago and Now
Last Christmas day, I attended the wedding of my very very good friend's son. We were very close when we were at King George V School in Seremban. Three of us the Three Stooges. After SPM, Roslan (the father of the groom) went to Kalamazoo to do his Computer Science, Azman and I met again at ITM. He did Engineering and I did my Accountancy. After a while, we went our own way. I met Roslan again when he came back, and again sometimes back in 1996. The last time I met Azman was in 1998 during Old Georgian Dinner Night.
But this occassion is very special. It is the wedding of Firdaus, Roslan's eldest son. And it quickly became a reunion to the three of us!
But this occassion is very special. It is the wedding of Firdaus, Roslan's eldest son. And it quickly became a reunion to the three of us!
Wednesday, January 06, 2010
School Re-Open
Sekolah dah buka semula on the 4th January haritu. So, our mornings dah mula sibuk dan full of dramas balik.
Belajar rajin-rajin ya Nak ... Papa doakan anak-anak Papa berjaya mencapai cita-cita masing-masing.
Belajar rajin-rajin ya Nak ... Papa doakan anak-anak Papa berjaya mencapai cita-cita masing-masing.
My New Baby!
Finally, lepas bertungkus lumus realign my priorities, tercapai jugak impian untuk menggenggam my first DSLR - Nikon D90. Wooohooo! Telah tergoda untuk membelinya masa PC Fair kat KLCC Convention Centre, 4 December 2009, hasil godaan Ann dan Bard. Pendam cita-cita to own D90 sejak 25 December 2008 (posting here). Last last dapat jugak walaupun Mark II mengancam jiwa. And I bet, dalam setiap camera, mesti ada gambar kucing (unless dia tak ada kucing).
My Fuzzy - cuba perhatikan dalam mata Fuzzy, nampak reflection of me tengah shoot gambar dia! Pro habis!
Thursday, December 31, 2009
Beijing Family Vacation.
Alhamdulillah, I managed to fulfill my promise to my children, to take them holiday to Beijing. It was an event they have been looking forward to. So, on the 14th December, we departed KUL to BJS via SIN on SQ119/800.
(The happiness I would trade my life for)
The vacation was a very memorable one. New experience, new exposure. Beijing, a very clean city, friendly people, exotic places to visit and relatively affordable for a very nice vacation. As for us, I can see the satisfaction in my children faces - Bang Long, Bang Ngah, Bang Teh, Kakak, Kak Uda and Anek. And especially to my other half, she deserves this holiday. Mission accomplished - Skiing experience is awesome and The Great Wall of China is now already in my collection of 100 Places To Visit Before I Die.
Rome is next!
More pic in my FB, here.
(The happiness I would trade my life for)We arrive in BJS early morning, our guide, Mr. Liu was already there waiting for us. It was winter with temperature at -5C, we already prepared for it. With some borrowed jacket from Pak Da and Mak Da, some we bought anew, it was a totally new experience for us, especially to Anek since she was the only one who never experience winter before. On arrival, we were taken to our hotel to refresh ourself. I designed this holiday myself, my own choice of hotel. I made quiet an extensive research before deciding on Crowne Plaza Hotel at Wangfujing and it turn out to be the perfect choice for my family. They love every inch of the hotel.
It was a leisure holiday, we do not plan to hurry. We want to enjoy the Beijing's offerings. The fact that the children are now grown ups and understand the meaning of a vacation makes the trip more enjoyable and fun.

(The Great Wall of China)
The vacation was a very memorable one. New experience, new exposure. Beijing, a very clean city, friendly people, exotic places to visit and relatively affordable for a very nice vacation. As for us, I can see the satisfaction in my children faces - Bang Long, Bang Ngah, Bang Teh, Kakak, Kak Uda and Anek. And especially to my other half, she deserves this holiday. Mission accomplished - Skiing experience is awesome and The Great Wall of China is now already in my collection of 100 Places To Visit Before I Die.
Rome is next!
More pic in my FB, here.
Friday, December 25, 2009
Coretan Hari Natal
Merry Christmas to all, especially to Benny, Daniel, Michael, Arthur, Dr. David, Alex, Andrew, Geoff, Mark and especially to my dearest friend, Richard. In Bahasa Malaysia, Christmas disebut sebagai Hari Natal. Tak tahu dari mana asalnya.
It is already the end of the year. Many things happened since the last time I updated this journal, mostly happened to challenge my sincerity and thankfulness to the life I am leading. I realized something was not right on 21 September, that was on the first Hari Raya. However, I just chided them away as ‘it’ never happened to me before. Mak kata, penyakit kalau nak datang, kejap aja. Kalau nak pergi bukan main susah. Memang betul. I was ‘disabled’ for 10 days starting from 5 November, a day before Maxis IPO closing date. On that day, memang dah maximum. Balik aja terus rebah tak boleh bangun. But I couldn’t sleep for the next 3 days. I cannot switch off my mind, it kept spinning and rolling. Sepanjang 10 hari terlantar atas katil, sokongan keluarga sangat mengharukan. Mak datang dari kampong. Adik beradik sentiasa datang menziarahi. Anak-anak sangat memahami. Paling mengharukan is that, Bang Long will start his SPM on the 8th. I tried to calm myself, not to show the pain in front of him. Tak nak bagi dia risau sangat. I know he is very worried and sedikit sebanyak mengganggu ketenangan yang dia perlukan untuk menghadapi SPM. Dalam waktu demikian, bukan setakat keluarga yang memberi sokongan, kawan-kawan juga turut bimbang. Bob dan Jaidi sering menghubungi, bertanya khabar. Warga kerja Amir-Husin turut sama bimbang. Berkat doa semua, ubat yang diberi oleh Abang Shaik dan Mat Tarzan, penyakit beransur sembuh. Eventhough I still feel the pain until now but it is not as painful as before. Kena jaga makan.
So, Bang Long menghadapi SPM nya dengan tabah. Papa harap Long boleh jawab peperiksaan dengan baik dan berharap Long akan mendapat kejayaan yang cemerlang.
I came back for work on 17 November. Biasalah, after 10 days being grounded, kerja bertimbun-timbun. Tambahan pulak my Head of Support Service, Sarimah, pergi perform the Haj. Dan paling mengerikan, I came to know that no payment is anticipated until the end of the year! This is disaster! How to fund our projects? How about those commitments that I have already made earlier? What about our overhead? What if new project coming in? Jawapannya – terpaksa korek from here and there. All the savings is now back into the business. We are back at square-one. Aduuuuhhhh… Ingat nak enjoy sikit bila hujung tahun. Dah janji pulak dengan anak-anak, nak bawak pergi holiday masa year end nanti.
Gitu gini gitu gini, we managed! Dalam keadaan yang sangat daif, all projects was well-funded. New jobs was also undertaken well. Cuma projek holiday to Beijing aja yang semput-semput sikit. Cuma until the last minute, baru confirm to Beijing. I will blog separately about our holiday to Beijing.
Result PMR Bang Ngah was announced on 24 December, 2 days after we came back from Beijing. Alhamdulillah, Bang Ngah berjaya dengan cemerlang. Thank you Bang Ngah for giving me this hadiah yang sangat bermakna. Memang Papa dah agak Ngah akan dapat 7A, that is your standard. Tapi I thought the B will come from Sejarah. Rupa-rupanya, BM. Anyway, syukur pada Allah. Kita hanya boleh merancang, perancangan Allah yang akan prevailed. You have done your very best. Cuma ingatlah, kejayaan dunia hanyalah untuk sementara. Boleh dirai tapi jangan diriakkan. Sehebat-hebat kita, masih ada ramai lagi orang yang lebih hebat dari kita. Selemah-lemah kita, masih banyak lagi peluang untuk kita perbaiki diri. Move forward!

Saturday, October 31, 2009
Penjual air tebu dituduh bunuh pembantu rumah.
Buat tatapan anak-anak papa,
Baru beberapa hari lepas papa mencoretkan di dalam FB papa tentang "Perbuatan racial/religion/nation profiling adalah sangat tidak adil. Semua perkara, samada baik atau buruk boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak mengira dia orang Malaysia atau orang Indonesia atau orang Jerman atau orang Melayu atau orang Inggeris atau orang Cina atau orang Arab atau orang Kristian atau orang Islam. Melalui tourism, kita boleh menjadikan manusia saling memahami antara satu dengan yang lain." Mungkin secara lateral, papa mempromosikan keamanan melalui tourism. Tetapi secara intrinsiknya, papa mahu anak-anak papa supaya sentiasa menerima apa sahaja perbezaan sebagai keunikan. Keunikan sesuatu bangsa dan agama. Tidak ada dua orang manusia di dunia ini yang sama, malah telinga kanan dan telinga kiri kita sendiri pun berbeza bentuk dan saiznya. Dan hendaklah kita jadikan perbezaan-perbezaan itu sebagai asas kepada kekuatan kita. Apa yang kurang kepada kita ditambah-baikan oleh kelebihan orang lain. Begitu juga sebaliknya.
Hari ini, awal pagi papa membaca berita di akhbar tentang "Penjual air tebu dituduh bunuh pembantu rumah". Dalam fikiran papa "Ah, jadi kecoh lagi kalau pembantu rumah itu orang Indonesia". Ternyata telahan papa betul. Malah, Menteri Kounselor , Informasi, Sosial dan Budaya Kedutaan Besar Indonesia, Widyarka Ryananta, telah pun memberi komen bahawa langkah mempercepatkan siasatan dan pendakwaan mampu meredakan kemarahan rakyat republik berkenaan. Ini, papa nak pesan pada anak-anak papa, jangan berkelakuan seperti ini. Yang pertama sekali, mati itu pasti akan kita temui bila sampai saat dan waktunya. Allah telah tuliskan bila dan bagaimana cara kematian kita. Menyesali waktu dan cara kematian adalah menyesali takdir Allah. Apa hukumnya menyesali takdir Allah? Kan papa dah ajarkan ilmu-ilmu agama yang elok-elok pada anak-anak papa? Yang keduanya, kenapa mesti marah? Marah pada kematian? Masyaallah. Yang ketiganya, cuba lihat nasib pembantu rumah itu (yang kebetulan orang Indonesia). Tentu dia tidak berpendidikan tinggi, kalau tidak, dia tidak akan jadi pembantu rumah. Begitulah jadinya kalau kita tidak memperkasakan diri kita dengan ilmu pengetahuan. Papa tak mahu anak-anak papa merempat sehingga terpaksa menagih pekerjaan jauh dari tanah air kita. Jadi, bila anak-anak papa dah besar nanti, papa mahu anak-anak papa bukan sahaja bekerja kuat untuk diri dan keluarga anak-anak papa, tapi cubalah berjimat cermat dan membantu keluarga kita yang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.
Akhabar juga memetik Menteri itu sebagai berkata "ia juga langkah terbaik mengelak sentimen negatif terhadap Malaysia yang disebabkan beberapa isu sebelum ini". Sekali lagi papa nak pesan pada anak-anak papa, jangan memandang sesuatu perkara cuma dari sudut negatif. Cuba kita positifkan pemikiran kita baru kita boleh maju. Anak-anak papa cuba fikir, kalau tak ada orang yang baik, yang membawa pembantu rumah ini keluar dari tempat kurungan, masakan dia ditemui? Tidak kah kita perlu ucapkan terima kasih kepada orang ini (dia mungkin orang Malaysia, mungkin orang Vietnam, mungkin orang Indonesia, mungkin beragama Hindu, mungkin beragama Islam) yang membantu ini? Pembantu rumah ini (yang namanya Mantik) telah di selamatkan oleh pasukan polis yang membawa beliau ke hospital. Tidakkah kita harus berterima kasih kepada pasukan polis Malaysia ini? Tapi lapuran akhbar tidak ada menyebut Menteri ini berterimakasih. Bukan semua orang jahat dan bukan semua orang baik. Inilah yang papa nak pesan. Mungkin akhbar tidak menyebut tetapi Menteri ini mungkin telah berterima kasih. Anak-anak papa mesti ada sifat berterimakasuh dan bersyukur. Terimakasih kepada orang yang membantu walau sekecil mana sekalipun bantuan yang diberi (walau sekadar mengembalikan senyuman ke wajah kita) . Malangnya (sebenarnya dengan kehendak Allah), Mantik telah kembali ke rahmatullah, dipanggil Illahi beberapa hari kemudian. Kita boleh merancang, sesiapa pun boleh buat planning. Plan untuk bekerja di mana-mana, plan untuk menambah baik taraf hidup dan sebagainya. Tetapi papa nak pesan pada anak-anak papa, perancangan Allah mengatasi segala-galanya. Kita wajib berusaha tetapi jangan kita menyesali takdir.
In the nutshell (papa dah nak pergi office ni), sekali lagi papa nak pesan pada anak-anak papa, jangan memandang sesuatu perkara yang terjadi itu berdasarkan racial/nation/religion profiling. Semua perkara (baik dan buruk) boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan di mana sahaja. Jangan menyalahkan takdir jika sesuatu buruk terjadi kepada kita dan wajib kita bersyukur jika kita mendapat sesuatu yang menyenangkan. Harap-harap, apa yang terjadi kepada Mantik, akan sama-sama kita mengambil iktibarnya. Kenang betapa pengorbanan Mantik sanggup meninggalkan keluarga demi mencari rezeki, kenang betapa ada manusia yang berhatikan binatang sanggup melakukan sesuatu pada tahap binatang, kenang betapa ada manusia yang berjiwa suci sanggup membantu Mantik yang dalam kesusahan. Yang bersalah tetap harus dihukum.
Papa sayang anak-anak papa.
p/s walaupun begitu, sebagai rakyat Malaysia, anak-anak papa wajib berkelakuan baik. Jagalah nama baik keluarga, bangsa dan negara. Ingat, bukan semua orang sama. Walaupun kita boleh berfikiran positif, ada orang lain yang tidak dapat berbuat demikian disebabkan banyak faktor seperti kemarahan, tahap pendidikan dan latarbelakang keluarga. Kita perlu punya perasaan ehsan. (Ehsan is empathy)

Subscribe to:
Posts (Atom)